Jumaat, Disember 23, 2016

12 Juta Tonton Drama 7 Hari Mencintaiku



Fenomena drama adaptasi novel 7 Hari Mencintaiku yang diangkat dalam bentuk drama bersiri dan ditayangkan dalam Slot Akasia, TV3, nampaknya, menzahirkan hasil ang luar biasa.

Boleh dikatakan drama 7 Hari Mencintaiku antara yang paling berjaya dalam Slot Akasia yang pernah ditayangkan sepanjang 2016 ini.

Rencahnya tentu sahaja garapan pengarah yang berkesan, dialog yang tidak lari daripada naskhah asal novel itu sendiri, pelakon utama yang mantap dalam penjiwaan perwatakan, pelakon sampingan yang turut hidup, dan bukannya tangkap muat, semata-mata asal ada seperti majoriti drama tempatan, dan lagu tema yang merdu dan kena dengan jalan cerita antara yang boleh digariskan sebagai adunan yang membuatkan karya ini cukup berjaya dan diterima ramai.

Tahniah diucapkan kepada team drama 7 Hari Mencitaiku, kerana mendapat rating tontonan sebanyak 12 juta tontonan. Tahniah!