Ahad, November 20, 2016

Zur Eda Tersingkir; Konsert Minggu Keenam Gegar Vaganza 3



Konsert Minggu Ke-6 ini merupakan Konsert Suku Akhir bermakna hanya tinggal dua minggu sahaja lagi Gegar Vaganza 2016 akan bersiaran.

Konsert Separuh Akhir berkonsepkan duet bersama penyanyi jemputan.

Bintang pertama yang terselamat ialah Ameng Spring. Diikuti Siti Sarah. Juga layak ke Separuh Akhir ialah Nora. 

Baki yang layak termasuklah, Azharina, Zarul, dan Intan Sarafina.

Memandangkan hanya satu lagu yang tinggal, G-Mie dan Zur Eda disingkirkan. Namun, Datuk Seri Vida dipanggil ke pentas untuk menggunakan imuniti.

Akhirnya keputusan dibuat, dan yang diselamatkan menerusi imuniti ialah G-Mie sekali gus ini menyingkirkan Zur Eda daripada Gegar Vaganza 2016.