Ahad, November 13, 2016

Zur Eda Akan Ikut Jejak Elly Mazlein Pada Konsert Ke-5 Gegar Vaganza 2016?



Selepas penyingkiran Elly Mazlein yang penuh kontroversi pada minggu lepas dalam Gegar Vaganza 3, minggu ini bersempena dengan Konsert Minggu Kelima siapa pula akan mengalami nasib yang sama?

Gegar Vaganza 2016 yang asalnya mendukung 12 peserta, kini hanya berbaki 9. 5 wanita dan 4 lelaki. Zarul berjaya kukuh di antara kedudukan teratas pada Minggu 1 -3 sebelum berada di pertengahan pada Minggu 4.

Manakala, Ameng dan G-Mie juga semakin memperbaik mutu persembahan sehingga berada dalam kelompok Top 3 pada minggu lepas. Begitu juga dengan Shidi Data yang pertama kalinya masuk dalam Top 5 pada minggu lepas.

Bagi Azharina dan Siti Sara yang selama 3 minggu berturut-turut berada pada posisi Top 3, pada minggu lepas berada pada tahap Bottom 3.

Manakala, Intan Sarafina yang selama ini berada pada kedudukan sederhana iaitu dari tangga le-7 hingga 9. Pertama kalinya lobos ke carta Top 5 pada minggu lepas.

Soalnya siapa lagi yang tinggal? Ya, Zur Eda. Zur Eda tampil dengan lagu Lama Tak Jumpada dalam Konsert Pembukaan. Konsert Kedua yang bertemakan Memori Berkasih, Zur Eda membawakan lagu Berpaut Di Dahan Cinta. Minggu Ketiga yang berkonsepkan Ada Bran? Zur Eda muncul dengan lagu Karma.

Walaupun, persembahan yang ditampilkan Zur Eda dalam ketiga-tiga konsert tersebut mantap dengan vokal yang power dan penuh tenaga, malangnya Zur Eda hanya mampu berada pada kedudukan ke-8 dalam ketiga-tiga konsert tersebut.

Minggu lalu dalam persembahan duet, rakan duet Zur Eda yang diumumkan Mamat sebelumnya diubah kepada Nassier Wahab atas alasan tertentu yang tidak dihebahkan. Dan persembahan Zur Eda dengan lagu Rindu Bayangan sekadar melayakkannya berada pada tangga ke-7, iaitu satu tangga lebih baik daripada minggu-minggu sebelumnya.

Dengan menjadi satu-satunya peserta Gegar Vaganza 3, yang masih kekal bertanding dan gagal meletakkan diri kelompok lima terbaik dalam kesemua 4 konsert yang telah disasksikan, apakah gegaran Zur Eda bakal terhenti malam ini?

Apakah nasib Zur Eda juga akan mengikut jejak langkah Razis Ismail, Rem dan Elly Mazlein? Adakah peminat Zur Eda yang sanggup menempah T-shirt dan memekik lolong memeberikan sokongan kepada Zur Eda di MBSA dapat menerima hakikat seandainya Zur Eda disingkirkan? Atau peminat Zur Eda juga akan 'meroyan' sebagaimana penyokong Kak Lina Pom Pom sekiranya Zur Eda disingkirkan daripada Gegar Vaganza 3, pada malam Konsert Kelima ini?

Segalanya bakal terjawab hanya dalam tempoh masa beberapa jam sahaja lagi...