Isnin, November 14, 2016

[Video] Netizen Gelar Aksi Norman Hakim Dan Memey Suhaiza Terlebih Gula



Kebahagiaan yang dikecapi oleh pasangan selebriti Norman Hakim dan Memey Suhaiza dalam rumah tangga bukanlah suatu rahsia, apabila masing-masing ada masanya berkongsi momen manis hubungan mereka suami isteri dalam laman sosial Instagram untuk tatapan peminat dan followers.

Salah satu video yang dimuat naik hari ini, dalam Instagram Norman Hakim dan Memey Suhaiza ternyata menarik perhatian Netizen. Video yang telah di-edit suaranya itu memaparkan cara penggunaan 3 rangkaian produk penjagaan wajah jenama Ephyra.

Untuk pengetahuan Norman Hakim dan Memey Suhaiza merupakan duta kepada produk jenama Ephyra. 

Aksi kedua-duanya, terutama cara Norman melayani Memey ternyata membuatkan Netizen, khususnya golongan hawa, cair. Rata-rata komen netizen dalam posting video tersebut menyifatkan hubungan mereka suami isteri sungguh sweet!

Harapannya, semoga kebahagiaan yang dikecapi kekal hingga ke Jannah!

A video posted by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on