Isnin, November 07, 2016

[Video] Bukan Disingkirkan, Terasa Komen Datuk Ramli MS; Elly Mazlein Tarik Diri Gegar Vaganza 3!



Apabila keputusan Gegar Vaganza 2016 bagi Konsert Minggu Ke-4 diumumkan, Azharina, Siti Sarah dan Elly Mazlein menjadi tiga peserta yang berada pada kedudukan terendah. Azharina dan Siti Sarah dapat menyelamatkan diri, manakala Elly Mazlein diumumkan tersingkir.

Nabil dan Jihan cuba menimbulkan teka-teki, dengan mengatakan masih adakah lagi lagu untuk menyelamatkan Elly Mazlein, sekali gus menjadikan tiada penyingkiran pada minggu tersebut. Namun, paparan skrin menyatakan tiada lagi lagu, menyebabkan Elly Mazlein tersingkir.

Ramai netizen terutama peminat Elly Mazlein terkejut dengan keputusan tersebut. Jihan Muse dalam instagram miliknya menyatakan sepatutnya tiada penyingkiran dalam Konsert Ke-4 Gegar Vaganza 3 malam semalam, dan terkejut apabila Elly Mazlein dikatakan mengambil keputusan untuk tarik diri.

Elly Mazlein dalam Facebook DSV, secara eksklusif mendedahkan bahawa sememangnya dia mengambil keputusan untuk menarik diri daripada Gegar Vaganza 3. Alasan yang diberikan Elly adalah tidak mahu menerima simpati sesiapa. 

Bagaimanapun, dipercaya komen Datuk Ramli MS, untuk persembahan Elly Mazlein ternyata mengguris perasaannya, apabila perkataa seumpama, "Tengoklah kalau ada ehsan Astro.." benar-benar memberikan kesan kepada emosi penyanyi tersebut sehingga mengambil keputusan drastik menarik diri daripada Gegar Vaganza 3.