Khamis, November 10, 2016

Usus Berdarah; Hazami Masuk Hospital!



Penyanyi dan komposer Norkamal Hazami Ahmad atau lebih dikenali sebagai Hazami, 41, dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL (5 Nov) akibat pendarahan dalam usus.

Penyanyi Sonata Musim Salju itu mengadu mengalami pendarahan ketika membuang air besar dan tanpa berlengah, terus berkejar ke HKL bagi mendapatkan rawatan lanjut.

"Selepas makan malam, Hazami mengadu mengalami pendarahan ketika beliau membuang air besar. Risau penyakit yang pernah dialaminya berulang, Hazami bergegas ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

"Alhamdulillah, Hazami dalam keadaan stabil dan masih menjalani rawatan. Doktor ada memberitahu, pendarahan yang dialaminya itu tidak serius seperti yang pernah dilaluinya tahun lalu," katanya kepada BH Online.