Rabu, November 16, 2016

Terkilan, Tapi Elly Mazlein Tetap Hormat Ogy Ahmad Daud



Walaupun sudah tersingkir daripada gelanggang Gegar Vaganza 3, namun nama Elly Mazlein tetap meniti dalam kalangan peminat dan pemerhati dunia seni tempatan. Bercakap kepada Berita Harian, Elly sempat menjawab isu kritikan Ogy Ahmad Daud kepada dirinya!

Mengulas isu komen negatif dilemparkan artis berpengalaman, Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Ogy, di laman sosial ketika isu penyingkirannya menjadi kontroversi, baru-baru ini, Elly mengaku terkilan dengan sikap pelakon filem Azura itu.

"Dia (Ogy) boleh memilih cara lain untuk memberikan komen atau mengkritik saya, tetapi mengapa dirinya menggunakan laman sosial untuk berbuat demikian?


"Walaupun dia membuat serangan peribadi, saya tetap menghormatinya sebagai seorang yang lebih berusia dan berpengalaman daripada saya," katanya.