Ahad, November 13, 2016

Tekak Koyak; Mampukah Sarah Buat Yang Terbaik Di Konsert Ke-5 Gegar Vaganza 2016?



Ketiadaan Siti Sarah semasa keputusan Konsert Minggu Ke-4 Gegar Vaganza 2016 diumumkan pada minggu lpas mencetuskan spekulasi. Yang dikhabarkan Sarah dikejarkan ke hospital kerana pitam selepas membuat persembahan lagu Bunga Angkasa, duet bersama Rahmat.

Bercakap kepada Astro Gempak, suami Siti Sarah, iaitu Shuib mengatakan bahawa Sarah kecewa dan sedih apabila berada pada dua tahap terendah pada Konsert Minggu Ke-4, dan nyaris disingkirkan.

“Sarah memberitahu yang dia sedih dan kecewa. Namun begitu, saya sebagai suami menasihati Sarah agar dia tidak memikirkan lagi mengenai perkara tersebut kerana semuanya sudah berlalu"

Sarah dilaporkan pitam di belakang pentas sejurus selepas persembahan kerana kurang makan. 

“Benar, keadaan kesihatan Sarah tidak begitu baik di konsert keempat yang lalu. Selepas selesai persembahan, Sarah pitam di belakang pentas. Keadaan itu terjadi kerana Sarah tidak cukup makan.

“Tekak Sarah juga koyak. Alhamdulillah, Sarah kini semakin beransur pulih. Dia masih lagi berehat dan belum lagi memulakan sesi latihan untuk minggu ini. Insya-Allah, Sarah akan lakukan yang terbaik untuk konsert seterusnya Ahad ini,” kata Shuib.

Sarah adalah peserta kegemaran ramai kerana bakatnya dan vokal yang mantap. Apakah faktor kesihatan sekali lagi akan membahayakan posisi Sarah dalam Gegar Vaganza. Harapnya tidak, tetapi segalanya bakal terungkai malam ini dalam Konsert Ke-5 Gegar Vaganza 3.