Selasa, November 01, 2016

Suri Hati Mr. Pilot Meletop! Fattah Amin Nafi Semakin Sombong!



Pelakon Fattah Amin menafikan dakwaan mengatakan dirinya semakin sombong selepas popular menerusi drama Suri Hati Mr. Pilot.

Dakwaan itu dikuatkan lagi apabila ada spekulasi yang mengatakan pelakon tinggi lampai ini kerap kali menolak tawaran sesi fotografi dan enggan bergambar secara berpasangan.Bagaimanapun Fattah menjelaskan jadualnya kini sangat padat dan apa yang berlaku itu hanyalah salah faham.

"Dakwaan yang kata sombong itu saya tak boleh nak kata apa bagi saya sebagai artis tuduhan itu biasa.

"Kita tak boleh nak halang orang daripada berkata apa-apa tentang diri kita tak kiralah sama ada perkara negatif mahupun positif.

"Mengenai sesi fotografi itu apa yang boleh saya jelaskan ialah perkara yang berlaku ini hanyalah salah faham saja.

"Untuk pengetahuan semua, jadual saya sekarang ini sangat padat.


"Kadang-kadang ada beberapa permintaan yang terpaksa ditolak memandangkan slot yang diminta terkena pada hari yang tidak sesuai ataupun clash dengan event yang lain," katanya kepada Astro Gempak