Khamis, November 17, 2016

Skandal Lin Dan Dan Pelakon Jelita Terbongkar!



"Sebagai seorang lelaki, saya tidak ingin memberi apa-apa lagi penjelasan. Tapi perbuatan saya jelas menghancurkan perasaan keluarga saya.

"Saya di sini ingin memohon maaf kepada keluarga saya."

Itu tulisan Lin Dan dalam laman sosial Weibo yang dikirimnya pada jam 2.30 petang hari ini.  Lin Dan akhirnya membuat kenyataan maaf kepada keluarga atas keterlanjurannya selepas berita skandalnya dengan seorang pelakon terbongkar dalam laman sosial

Pada sebelah pagi ini, berita dan rakaman video klip Lin Dan yang menunjukkan aksi sedang berpelukan dengan seorang wanita terbongkar selepas disiarkan dalam sebuah laman web di China.
Wanita itu kemudian disahkan sebagai pelakon jelita China yang dikenali sebagai Zhao Yaqi.

Skandal Lin Dan ini memang mengejutkan ramai kerana hubungan dengan isterinya, yang juga bekas perseorangan badminton China, Xie Xingfang amat baik dan bahagia, malahan mereka baharu dikurniakan anak pertama pada 5 November lalu.


Yaqi juga adalah bekas ratu cantik dan pernah meraih juara 'Miss Universe' dalam pertandingan Ratu Tourism China pada tahun 2009. Atas populariti dan kejelitaannya, beliau kemudian ditawarkan ke dalam dunia perfileman.