Isnin, November 14, 2016

Siti Sarah Nafi Terkena Sihir!



Penyanyi Siti Sarah menafikan dia terkena sihir seperti didakwa segelintir pihak apabila pengsan sejurus selepas membuat persembahan pada minggu keempat program Gegar Vaganza musim ketiga (GV 3).

Sebaliknya, Sarah, 32, mengakui keadaan badannya yang lemah dan kekurangan tenaga adalah punca perkara itu terjadi.

"Tidak ada kena-mengena dengan perkara mistik. Apa yang disebarkan itu hanya cakap-cakap orang. Kalau nak tahu, ia berpunca daripada sikap saya yang lalai. Disebabkan terlalu sibuk, saya terlupa nak makan.


"Persembahan lagu duet bersama Rahmat Mega menerusi lagu Bunga Angkasa memerlukan tenaga yang banyak ditambah lagu itu bernada tinggi. Mungkin disebabkan saya berhabis dalam menyampaikan lagu itu menyebabkan saya pengsan," katanya yang diberi rawatan biasa selepas itu. - Metro