Isnin, November 14, 2016

Sinopsis Telefilem Luna Elvira; Skrin Di 9, TV9



SINOPSIS LUNA ELVIRA



Luna Elvira seorang gadis yang naif datang daripada keluarga yang hidup sederhana. Semenjak kecil, Luna menjadi saksi ibunya dimarah dan dipukul oleh bapanya sendiri namun Luna tidak mampu berbuat apa-apa. Dia tiada daya melainkan menyimpan dendam terhadap bapanya dan golongan seperti bapanya.

Selepat tamat belajar, Luna membantu ibunya menjual nasi lemak. Luna bertemu jodohnya di situ. Fattah adalah seorang ahli perniagaan produk kecantikan yang terkenal. Kehadirannya dalam hidup Luna menjadikan hidup Luna sekeluarga senang dan bahagia.

Lama kelamaan, Fattah menunjukkan belangnya apabila dia juga dalam golongan lelaki dayus seperti bapa Luna, Luna sentiasa dimarahi dan dimalukan oleh Fattah. Namun di depan khalayak, Fattah menunjukkan yang dia seorang suami mithali.

Atas bantuan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dia telah mendengar penerangan dan mendapat bantuan bagi dia bangkit melawan semula kehidupannya itu.

Baginya, kehidupan yang terseksa bukanlah sebuah kehidupan. Bagaimanakah nasib Luna? Dapatkah dia lari dari kekejaman suaminya sendiri?