Sabtu, November 05, 2016

Sinopsis Telefilem Dengan Nama Allah; Astro Ria/Ria HD



SINOPSIS DENGAN NAMA ALLAH 



Kebahagiaan Halim diragut selepas kematian isteri dan anaknya. Dia mula hilang pedoman dan tidak percaya kepada takdir. Kehadiran Fatimah membuka lembaran baru tentang takdir mubram yang diuji oleh Allah.

Kerana kebahagiannya dirampas sekelip mata, dia nekad berpaling daripada Tuhannya. Hidup yang dirasakan tiada erti dan ingin diakhiri. Namun, Tuhan takkan menguji melebihi kemampuan insani. 

Nantikan telefilem penuh pengajaran bertajuk 'Dengan Nama Allah' bakal menemui penonton di saluran Astro Ria (104 & HD 123) pada hari Sabtu ini jam 9 malam. Sebuah arahan Murali Abdullah, lakonan Beto Kusyairy, Sherry Ibrahim, Sharul Kamal dan ramai lagi.