Ahad, November 13, 2016

Shidi Data Tersingkir; Konsert Minggu Kelima Gegar Vaganza 3



Konsert Minggu Ke-5 Gegar Vaganza 3 merupakan antara konsert mingguan yang sangat sengit. Persembahan para peserta sangat sengit. Masing-masing menunjukkan taring. Menurut juri sukar untuk menentukan kesilapan dalam persembahan.

Bottom two untuk minggu ini ialah Shidi Data dan Ameng Spring. Hanya minggu lepas sahaja kedua-dua mereka berjaya meletakkan diri dalam kelompok teratas. 

Walaupun, persembahan Shidi Data agak bagus dengan lagu Ratuku, malangnya gegaran Shidi Data terhenti di sini.

Meskipun, ada anggapan bahawa tiada penyingkiran pada minggu ini. Namun, itulah realitinya. Shidi terpaksa mengundurkan diri daripada Gegar Vaganza 3.