Ahad, November 13, 2016

Senarai Lagu Konsert Battle Pusingan 1 3 Juara



3 Juara adalah program realiti nyanyian mencari bintang yang menjuarai 3 genre muzik berbeza, iaitu Rock, Irama Malaysia dan Balada. Bermentorkan Edrie Hashim, Pak Ngah dan Ajai, pusingan awal 3 Juara bagi Juara Rock, Juara Balada, dan Juara Irama Malaysia telahpun selesai menyaksikan 6 daripada 8 peserta bagi setiap kategori mara ke peringkat seterusnya.

Amy Search, Ziana Zain dan Amelina telah menjadi juri jemputan bersama mentor dalam pemilihan 6 peserta terbaik pada konsert-konsert terdahulu.

Malam ini akan berlangsung Konsert Battle Pusingan 1, menyaksikan 18 orang peserta akan berentap sesama sendiri. Konsert malam ini akan diserikan lagi dengan kehadiran Dato Rossa, Awie dan Noraniza Idris.

SENARAI LAGU KONSERT BATTLE 1; 3 JUARA

Arul VS Eva Maria - Debunga Wangi (Lefthanded)
Arill VS Indra - Pari Pari (Meet Uncle Husin)
Ayien VS Kudien - Pembakar Perasaan (Search)
Eeza VS Appril - Persimpangan Dilema (Nora)
Hady VS Azumi - Jangan Kau Rayu (Rahim Maarof)
Salma VS Aqeem - Terakhir (Sufian Suhaimi)
Azizul VS Zayani - Bagaikan Sakti (Siti Nurhaliza & M. Nasir)
Tyka VS Rahman - Raikan Cinta (M. Nasir)
Nura VS Hazra - Joget Gadis Melayu (Syura)

Penonton boleh mengundi peserta kegemaran di www.tv3.com.my/3juara/undian Undian hanya boleh dibuat semasa battle antara peserta sedang berlangsung sahaja!