Sabtu, November 12, 2016

Senarai 12 Lagu Layak Ke AJL 31; Separuh Akhir Muzik Muzik 31 Cipta Kontroversi!



Tahun ini Separuh Akhir Muzik Muzik hanya berlangsung untuk dua kali sahaja. Tidak seperti kebiasaan, yang dijalankan dalam tempoh 3 minggu yang berasingan setiap satunya. 

Daripada 30 buah lagu yang dicalonkan, sebuah lagu kontroversi ekoran isu pencipta lagu sebenar akhirnya menarik diri daripada penyertaan. Isu hangat berkenaan lagu dendangan Syamel berjudul Hidup Dalam Mati itu memuncak apabila pencipta asal lagu berkenaan yang selama ini dinafikan kewujudannya, mula membuka mulut kepada media!

Apapun, tinggalkan kontroversi itu dahulu, dan kita intai siapa dia penyanyi yang bakal berdiri di atas pentas gah Anugerah Juara Lagu 31.

Berikut merupakan senarai 12 lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu 31, AJL 31.

01. Lelaki Teragung - Dayang Nurfaizah
02. Terakhir - Sufian Suhaimi
03. Sudah Ku Tahu - Projector Band

04. Selamanya Cinta - Shila Amzah & Alif Satar
05. Terimaku Seadanya - Misha Omar & Hafiz Suip
06. Ku Rela Dibenci - Aiman Tino
07. Di Amaran Mama - Hazama & The Penglipur Lara
08. Obses - Akim & The Majistret
09. Setia - Elizabeth Tan ft Awi Rafael
10. Kalah Dalam Menang - Syamsul Yusof ft Mawi
11. Hang Pi Mana - Khalifah
12. Anugerah Terindah - Black