Selasa, November 15, 2016

Sazzy Falak Teringin Hamil Lagi



Pelakon dan ahli perniagaan, Sazzy Falak, 35, tidak menolak untuk menimang cahaya mata lagi andainya diberikan rezeki untuk berbuat demikian. 

Ketika ini, hasil perkahwinannya bersama perunding kewangan, Nazril Idrus, 42, mereka dikurniakan anak kembar, Iman Lily dan Tiara Rose, 5 tahun. "Semestinya kalau ada rezeki, saya mahukan keluarga yang besar. 

Begitupun, tidaklah besar sangat, nanti susah untuk saya menjaga mereka nanti," seloroh Pelakon Pembantu Wanita, Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-19 ini. Kata Sazzy, jika Tuhan mengurniakan mereka seorang lagi cahaya mata sekali pun, ia sudah dianggap anugerah yang tidak terperi. - Berita Harian


1 Komentar:

Write Komentar