Ahad, November 20, 2016

Review Konsert Minggu Ke-6 Gegar Vaganza 3; Persembahan Azharina Perfect!



G-Mie mempersembahkan lagu yang dipopularkan oleh Kumpulan XPDC. Tok Ram menyifatkan lagu ini cukup senang dan seperti biasa G-Mie tidak pernah gagal membawakan lagu-lagu yang diberikan dengan cukup baik!

Intan Sarafina membawakan lagu dangdut yang dipopularkan oleh Ramlah Ram berjudul Selamat Jalan Romeo. Mendapat pujian daripada Datuk Khatijah Ibrahim. Malah dikatakan genre dangdut sangat kena dengan suara Intan.

Persembahan Azharina dengan lagu Kejoraku Bersatu mendapat pujian Mamat Khalid. Menurut Mamat Khalid persembahan Azharina perfect sepertinya menyaksikan persembahan Ratu Rock!

Lagu dangdut Senggol Senggolan Cubit Cubitan suara asal Mas Idayu dinyanyikan Siti Sarah. Meskipun bukan genre makanan namun pada malam ini Sarah membawakan dengan cukup baik sehingga mendapat pujian daripada Datuk Ramli MS.

Persembahan lagu Amelina Rindu oleh Zur Eda juga mendapat komen positif daripada Datuk Khatty walaupun nampak seperti bukan pujian total.

Lagu yang disampaikan oleh Zarul yang dikatakan baru keluar hospital pula gagal menambat hati Mamat Khalid.


Persembahan Ameng Spring pula nampak begitu happening dan mendapat respon positif daripada Tok Ram dan Mamat Khalid.