Ahad, November 06, 2016

Review Konsert Minggu Ke-4 Gegar Vaganza 3; Vokal G-Mie Pukau Penonton!



Malam Konsert Ke-4 Gegar Vaganza 2016 dimulakan dengan persembahan Datuk Tarmimi sebagai juri undangan diikuti Jihan Muse dan Nabil dengan lagu Hang Pi Mana! Tomok dan Lan Kristal turut menghiburkan dengan lagu popular cari makan mereka pada penghujung selesai semua peserta membuat persembahan sebelum keputusan diumumkan.

Persembahan Siti Sarah dan Rahmat Mega dengan lagu Bunga Angkasa secara peribadinya Muz suka. Bab kritikan profesional memang kita tak pandai, tapi dari sudut persembahan memang meletop! Ada sedikit komen berkenaan suara Siti Sarah.

Azharina dan Haleeda dengan lagu Doa Buat Kekasih disampaikan cukup perfect! Bersahaja, tetapi emosi yang diberikan cukup dalam bagi lagu milik asal Datuk Khaty dan Ramli Sarip ini. Ada komen tentang feel dan lenggok suara Azharina pada permulaan lagu ini tetapi bahagian seterusnya dikatakan telah menampung kekeurangan yang sedikit itu.

Nora dan Ayai pula memang memberikan karisma buat lagu Terlanjur Cinta. Mendapat pujian melambung daripada juri undangan, Datuk Tarimimi Saregar. Diumpamakan sebagai sebuah persembahan broadway versi Melayu.

Intan Sarafina dan Fazli Zainal, menyampaikan Aku Yang Tersakiti. Komen Datuk Ramli supaya Intan tidak simpan-simpan, dan jangan takut, kerana Intan boleh menyanyi!

Ameng Spring dan Siti Nordiana dengan lagu Nilai Cinta mendapat pujian daripada Datuk Khaty tentang kualiti persembahan Ameng yang dianggap sebagai perfomer.

Shidi dan Ezlynn dan Lamunan Terhenti mendapat komen positif daripada Datuk Tarmimi, Cuma Shidi dikatakan masih lagi ‘simpan’ ketika berada di atas pentas. Btw, kenapa dengan rambut Ezlynn tu?

Elly Mazlein dan Acong tampil dengan lagu Jangan Menangis Sayang. Datuk Ramli mengatakan bahawa penjiwaan Elly Mazlein bagus tetapi dari sudut teknikal seperti sebutan dan pitching teruk!

Zur Eda dan Nasseir Wahab tampil menyanyikan lagu yang agak simple iaitu Rindu Bayangan. Pujian diberikan kepada feel yang diberikan untuk lagu ini.

Pada Syurga Di Wajahmu, persembahan G-Mie dan Nizam memang padu weh! Lagu ini digambarkan sukar untuk dibawakan, secara keseluruhannya G-Mie dikatakan berjaya membawa lagu yang menyeksakan ini dengan sebaiknya.

Lagu Lelaki Ini dendangan asal Anuar Zain disampaikan oleh Zarul Umbrella dan Farahdhiya. Datuk Ramli sekali lagi mengklasifikasikan lagu ini sebagai sebuah lagu yang sukar dibawakan, dan OK, dengan persembahan Zarul pada malam Konsert Ke-4 ini!