Khamis, November 03, 2016

Reputasi Anis Buruk Lepas Putus Cinta Dengan Raja Afiq?



Pelakon Anis Al-Idrus berkata, kisah putus cintanya dengan Raja Afiq benar-benar memberi tamparan sehingga memburukan reputuasinya sebagai seorang selebriti.


Anis atau nama sebenarnya Sharifah Anis Syed Zainal Al Idrus, 28, berkata, dia kesal apabila terdapat pelbagai andaian khusunya segelintir masyarakat Melayu yang gemarkan cerita-cerita gosip.

“Saya tidak boleh menghentikan pelbagai andaian terhadap saya kerana tipikal segelintir masyarakat kita memang sukakan gosip.


"Jadi, apa yang perlu saya buat ialah sentiasa tukarkan aura negatif itu menjadi positif agar ia tidak terus menganggu emosi," katanya kepada mStar Online.