Selasa, November 01, 2016

Rem Tak Sangka Tersingkir Awal Gegar Vaganza 3



Bintang GegarVaganza 3 (GV 3), Rem tidak menjangkakan dirinya akan terkeluar di minggu ketiga GV 3. Bertemakan Ada Bran, Rem menyampaikan lagu Penawar Rindu nyanyian Datin Orchid Abdullah.

"Saya tidak menjangka saya akan terkeluar. Saya sudah buat yang terbaik dalam persembahan kali ini. Saya redha dengan apa yang berlaku," kata Rem kepada Astro Gempak.

Meskipun tersingkir, Rem berbangga dengan dirinya kerana berjaya menyempurnakan tugasan minggu ketiga dengan sempurna.

"Saya seorang penyanyi pop yang mempunyai suara serak dan kasar. Lagu Penawar Rindu seharusnya dilembutkan lenggoknya. Namun begitu, suara saya memang begitu.


"Saya bangga dengan apa yang saya persembahkan malam ini. Saya sudah buat yang terbaik dan tidak salah untuk saya mencuba," katanya. - Astro Gempak