Isnin, November 07, 2016

Redza Rosli Diusik Peminat Wanita Di Instagram




Pelakon Redza Rosli mendedahkan pernah menerima mesej daripada peminat wanita di Instagram yang ingin berkenalan dengannya.

Redza atau Ahmad Redza Rosli, 24, bagaimanapun berkata, dia tidak pernah membalas mesej berbaur peribadi daripada peminat kerana menganggap ia hanya usikan nakal.

"Setiap hari memang banyak peminat yang hantar mesej secara peribadi di laman sosial malah ada yang ingin berkenalan tetapi saya tidak pernah menganggap ia perkara serius sebaliknya ia hanya gurauan sahaja.

"Tetapi jika ada yang bertanya khabar atau ingin mengetahui perkembangan terbaharu seperti drama lakonan dan karier saya akan cuba balas pertanyaan mereka," katanya kepada mStar Online.

1 Komentar:

Write Komentar