Ahad, November 20, 2016

Penyanyi Lagu Dangdut Berisiko Tersingkir Konsert Ke-6 Gegar Vaganza 2016



Minggu Ke-6 sudah Gegar Vaganza 2016. Sekejap saja rasa kan? Minggu ini bertemakan Rockdut. Ada sebahagian peserta akan menyanyikan lagu Rock manakala sebahagian lagi lagu irama Dangdut.

Antara dua genre ini masing-masing punya kesukarannya tersendiri untuk dibawakan. Tetapi rasanya malam ini peserta Gegar Vaganza 3 yang menyanyikan lagu dangdut akan tersingkir.

Sebab apa? Sebab selama tiga musim ini payah nak jumpa penyanyi yang menyanyikan lagu dangdut dalam Gegar Vaganza mendapat komen yang perfect.

Melainkan, ada penyanyi lagu dangdut buat kesilapan teknikal yang besar, mungkinlah yang menyanyikan lagu dangdur akan terselamat.

Jadi siapa pilihan anda untuk teringkir pada minggu ini?