Rabu, November 02, 2016

Penampilan Pelik Azharina Di Gegar Vaganza Bernilai RM300,000



Penyanyi Azharina Azhar memberitahu dia mengayakan pakaian yang ditempah khas berserta aksesori berlian berjumlah kira-kira RM300,000 pada malam konsert Gegar Vaganza 3 yang berlangsung, malam Ahad lalu.


Azharina berkata, tajaan itu datangnya daripada pelbagai pihak yang bermurah hati menyediakan pakaian dan aksesori untuk imej yang bersesuaian dengan penyampaian lagu genre rege yang disampaikannya berjudul No Women No Cry.

"Alhamdulillah, sejak memasuki pertandingan ini banyak pihak terutama yang saya kenali ingin memberi tajaan untuk setiap persembahan saya.


"Seperti malam ini baju yang saya gayakan ini dibuat oleh pereka fesyen Razman Razmi yang dibuat ni Bangkok, Thailand dengan kos kira-kira RM30,000.


"Manakala anting-anting berlian ini nilainya RM100,000 termasuk rantai yang sepatutnya saya pakai tapi tidak dibenarkan produksi yang kesemuanya bernilai RM300,000," ujarnya kepada mStar Online.