Isnin, November 07, 2016

Pelakon Dan Watak Drama Awak Sangat Nakal!; Astro Ria/Ria HD



Drama terbaru adaptasi novel Awak Sangat Nakal karya Syamnuriezmil akan ditayangkan di Astro Ria. Dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad dan Ayda Jebat sebagai teraju utama. Drama ini mendapat sentuhan pengarah berkaliber Azmi Hatta. Bersiaran mulai 7 November 2016, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di saluran Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123.

WATAK PELAKON
Ayda Jebat sebagai Erine Johanna
Sharnaaz Ahmad sebagai Johan Rizqin
Afiq Muiz sebagai Ustaz Hafsham
Ika Nabella sebagai Ustazah Ain Humaira
Hefny Sahad sebagai Tuan Haji Habib
Tash Yong sebagai Sue
Fadilah Mansor sebagai Mak Munah
Farouk Hussain sebagai Pak Mat
Syaffiq Sahli sebagai Cikgu Johan Ariff