Isnin, November 28, 2016

Nora Tersingkir; Konsert Separuh Akhir Gegar Vaganza 3



Persembahan malam konsert semi final Gegar Vaganza 2016 yang agak best. Dengan rangkaian lagu-lagu popular dan konsep duet dengan artis undangan yang punya nama, aura dan populariti, ternyata berjaya menambat hati penonton dan penggemar muzik tanah air.

Azharina, Siti Sarah, Intan Sarafina, Nora, G-Mie, Ameng dan Zarul yang bertanding pada malam Konsert Separuh Akhir Gegar Vaganza Musim Ke-3 ini telah tampil dengan lagu solo dan duet. Masing-masing menerima pujian dan kritikan, mendapat komen positif tidak kurang juga kritikan membina.

Dan soalnya siapakah bintang yang berjaya mampu melangkah ke pentas akhir Gegar Vaganza 3?

Berikut merupakan nama-nama yang diumumkan mengikut senarai dalam segmen Ada Lagu Ada Lagi! 

Azharina - Mama Aku Ingin Pulang  & Izinkanlah 

Zarul - Gerhana & Dendangan Laguku 

Siti Sarah - I Will Always Love You & Matahariku 

Intan Sarafina - Sedetik Lebih & Kemelut Di Muara Kekasih 

Ameng - Bougenvilla & Romantis 

G-Mie - Bila Bulan Berwarna Biru & Salam Terakhir 

Malagnya, tiada lagu buat Nora, sekali gus menyingkirkan Nora di pentas semi final Gegar Vaganza 2016 seterusnya menggagalkannya beraksi di pentas akhir Gegar Vaganza 3.