Selasa, November 08, 2016

Nora Danish Minta Sedikit Pelepasan Cukai Bagi Golongan Selebriti



Melalui Utusan Malaysia, Nora telah mencadangkan agar penggiat seni wajar diberikan pelepasan cukai atau dengan maksud lain dikurangkan jumlah cukai yang dikenakan sedia ada bagi menampung kos penampilan diri agar sesuai status mereka sebagai selebiriti.

“Bagi saya sebagai rakyat Malaysia memang ini adalah tanggungjawab kita [membayar cukai]. Cuma apa yang saya harap ada sikit pelepasan buat selebriti macam kami ini. Bukan apa, dalam waktu sekarang kami banyak mengeluarkan wang untuk penampilan diri,” katanya.



Bagaimanapun kenyataan Nora Danish itu mengundang reaksi pelbagai daripada netizen yang rata-rata ketawa, dan menganggap kenyataan Nora Danish itu sebagai tidak relavan di samping pelbagai sindiran tajam yang ditulis dan dikongsi meneru1si ruang media sosial.


1 Komentar:

Write Komentar
Cik Tie
AUTHOR
8/11/16 1:02 PTG delete

Oo..kalau selebriti diberi pelepasan cukai..patutnya kita2 pun pun akan dapat juga la. baru adil dan saksama

Reply
avatar