Sabtu, November 12, 2016

Netizen Meroyan, Lagu Demi Cinta Nyanyian Ezad Lazim Gagal Ke AJL 31



Sedar atau tidak dalam tempoh 30 tahun penganjuran, baik Separuh Akhir Muzik Muzik mahupun Anugerah Juara Lagu itu sendiri mendukung nilai prestijnya tersendiri.

Ramai yang ternantikan kemunculannya. Baik penggemar lagu, peminat penyanyinya, pencinta muzik, pemerhati seni dan pengkritik bebas!

Kehadiran esidi ke-31 Separuh Akhir Muzik Muzik yang berlangsung semalam ternyata mengguris hati peminat Ezad Lazim dan penggemar lagu Demi Cinta.

Lagu Demi Cinta yang bersalut melodi indah dan dihiasi lirik yang penuh makna itu gagal menempatkan diri dalam kelompok 12 lagu terbaik sekali gus tidak berpeluang merebut gelaran Juara Lagu 31.

Rata-rata peminat lagu Demi Cinta meluahkan rasa geram, hampa dan kecewa di ruangan komen Facebook TV3. Netizen beranggapan lagu Demi Cinta lebih layak daripada beberapa lagu lain yang disifatkan vokal penyanyinya malam semalam totally out!

Apa pula kata anda?