Isnin, November 07, 2016

Nekad Ke Mahkamah Syariah; Diana Danielle & Farid Kamil Akui Kesilapan Sendiri...



Tindakan nekad Diana Danielle ke Mahkamah Syariah turut membuatkan suaminya, Farid Kamil terkejut. Menurut luahan Diana kepada BH Plus, dia mengakui bahawa terlalu mengikut emosi selain menjelaskan bahawa mereka saling memendam perasaan.

“Tindakan saya itu bagaimanapun, tidak tepat kerana tidak terlbeih dulu bersemuka dan berbincang dari hati ke hati dengan suami. Saya hanya memikirkan hati sendiri yang terluka, tanpa menyedari saya juga pernah melukakan hati suami”

Selain itu tambah Diana, Farid sememangnya tidak setuju untuk bercerai dan setelah bersemuka, barulah mereka mengetahui bahawa dia dan suami sama sama melakukan kesilapan.

“Apa juga masa yang timbul, setiap pasangan perlu berbincang dan meluahkan ketidakpuasan hati, bukan memendam rasa. Sebelum ini, kami ‘makan hati’ dengan sikap masing masing yang tidak mahu meluahkan apa yang terbuku di hati. Lama kelamaan, ia menjadi barah dalam rumah tangga,” jelasnya lagi.

1 Komentar:

Write Komentar
7/11/16 10:11 PG delete

inshaallah bawa berbincang terlebih dahulu

Reply
avatar