Jumaat, November 25, 2016

Nassier Wahab Terkejut Ada Peserta GV3 Tukar Lagu!



Isu tukar lagu oleh penyayi yang menyertai Gegar Vaganza 3 pada tahun ini ternyata mengundang isu dan spekulasi dalam kalangan peminat dan penonton rancangan realiti nyanyian melibatkan penyanyi profesional terbitan Astro Ria itu.

Sebelumnya, Nora yang diumumkan menyanyi lagu Dangdut semasa Konsert Suku Akhir, berubah menjadi lagu rock. Dan menerusi laman sosial, Nora memaklumkan perubahan itu adalah disebabkan masalah teknikal daripada pihak Astro.

Semasa pengumuman lagu dan peserta yang layak ke Konsert Separuh Akhir Gegar Vaganza 2016, sekali lagi kontroversi tercipta apabila Nora mendapat lagunya sendiri. Bahkan selepas itu terdedah cerita bahawa Siti Sarah dan Zarul Umbrella juga membuat pertukaran lagu.

Lagu tugasan Konsert Separuh Akhir Gegar Vaganza 3 dipilih oleh Media, dan ternyata wakil pihak media juga terkejut dengan lagu-lagu yang diumumkan untuk dibawakan oleh penyanyi yang layak ke Konsert Separuh Akhir Ahad ini.

Berikutan itu, Astro juga sudah memberikan kenyataan media. Dan terkini bekas peserta Gegar Vaganza 2, Nassier Wahab tampil menulis di Facebook tentang reaksi terkejutnya kerana ada peserta yang boleh menukar lagu di Gegar Vaganza 3.



Begitupun komen Nassier itu tidak ditujukan kepada sesiapa dan sekadar hanya berkongsi pengalamannya sendiri semasa menyertai Gegar Vaganza 2, yang menyaksikan para pesertanya tidak menolak lagu tugasan yang diberikan.