Khamis, November 10, 2016

Mahu Duet Bersama; Khai Bahar Istilahkan Ziana Zain Sebagai Penyanyi Yang Sangat Baik



"Saya mula cenderung untuk menyanyikan lagu dendangan Ziana apabila sering berkunjung ke pusat karaoke bersama teman.

Itu pengakuan jujur Khai Bahar, penyanyi yang mecipta nama menerusi aplikasi Smule dan YouTube ini.


Antara lagunya yang dinyanyikan Khai termasuk Madah Berhelah, Anggapanmu, Setiaku Di Sini dan Korban Cinta. Bahkan, Khai yang pernah bergelar penyanyi jalanan turut menyatakan keinginannya untuk berduet dengan bintang Sembilu berkenaan, satu hari nanti.

"Saya sendiri pernah bertemu dengannya ketika rakaman program Ye Ke? baru-baru ini. Malah, beliau tahu saya amat meminati dirinya. Saya memang teringin untuk berduet dengannya kalau ada rezeki. "Dalam pertemuan itu, beliau juga tidak lupa memberikan kata-kata semangat kepada saya. Beliau meminta saya melakukan yang terbaik dalam setiap perkara untuk maju ke depan. Ziana sememangnya seorang penyanyi yang sangat baik," kata Khai kepada BH Online.



1 Komentar:

Write Komentar