Isnin, November 07, 2016

Konsert Ke-4 Gegar Vaganza 3 Milik Peserta Lelaki!



Konsert Minggu Ke-4 Gegar Vaganza 3, 2016 menjadi milik peserta lelaki apabila tiga daripada empat penyanyi lelaki yang masih bertahan dalam Gegar Vaganza 3 menjadi  Top 3 dengan G-Mie yang menyampaikan lagu Pada Syurga Di Wajahmu duet bersama Nizam Laksamana mendahului senarai.

Ini diikuti Ameng Spring yang menyanyikan lagu Nilai Cinta duet bersama Siti Nordiana dan Shidi Data yang berduet bersama Ezlynn untuk lagu Lamunan Terhenti.

Kedudukan yang diumumkan ini sekali gus menyaksikan pertama kalinya meletakkan G-Mie, Ameng dan Shidi dalam kelompok terbaik TOP 5 dalam keputusan konsert mingguan Gegar Vaganza 3.

Sebelum ini kedudukan 5 terbaik dari konsert minggu pertama hingga ketiga dikuasi peserta wanita dan hanya Zarul Umbrella sahaja menembusi kedudukan teratas.

Nampaknya, roda sudah berputar dalam Konsert Minggu Ke-4 Gegar Vaganza 3! Saingan semakin sengit, dan hanya yang terbaik akan mampu bertahan!