Ahad, November 27, 2016

Konsert High Note Beri Diskaun Luar Biasa Untuk Malam Terakhir



Entah di mana silapnya, Konsert High Note yang menggabungkan 3 nama besar gagal menarik penonton yang ramai ke Istana Budaya.

Konsert hasil idea Azlan The Typewriter yang dicetuskan lewat persembahan duet viral Azlan bersama Ziana Zain beberapa tahun lalu di Anugerah Bintang Popular Berita Harian itu membuka tirai sejak Jumaat, bersamaan 25 November 2016. 

Namun, sehingga semalam, untuk malam kedua, menerusi video yang dikongsikan penonton di Istana Budaya, masih lagi wujud banyak tempat duduk kosong. Malah, tiket juga masih dibuka dan dijual.

Ada yang menyelar penganjur kerana kurang promosi dan pemilihan tarikh yang terlalu dekat membuatkan penganjuran konsert ini sepertinya 'terkejar-kejar'. Tidak kurang juga rata-ra ta menyifatkan harga tiket yang agak mahal apabila bermula serendah RM142 sehingga RM506.
Namun, rata-rata yang hadir ke Konsert High Note 2016 itu ternyata berpuas hati. Ramai yang terpegun dengan perang vokal antara Azlan, Jac dan Ziana.

Khabarnya, majoriti penonton yang mengisi ruang duduk dalam Istana Budaya adalah peminat Ziana Zain.

Malah, ada yang mengatakan vokal Ziana kedengaran sangat ampuh persis zaman 90-an.


Lewat video berdurasi pendek yang dikongsikan di Instagram juga sudah cukup membuktikan kualiti persembahan yang dipamerkan.



Bagi mereka yang belum lagi mendapatkan tiket, anda mempunyai peluang terakhir dengan diskaun istimewa sehingga 50% mulai 12 pagi, bersamaan Ahad ini. Bagi yang dah beli awal dengan harga asal, jangan melatah, anda bakal menerima free gift dan istimewa meet and greet bersama 3 bintang ternama ini. Hubungi ticket pro sekarang juga! Jangan lepaskan peluang berharga ini, yang mungkin hanya terjadi sekali seumur hidup!