Isnin, November 07, 2016

Komen Elly Mazlein Memang Patut Keluar; Ogy Ahmad Daud Kena 'Serang' Di Instagram



Ogy Ahmad Daud dilihat menunjukkan sokongan terhadap G-Mie dalam program realiti nyanyian Gegar Vaganza 2016. Kalau minggu lepas, Ogy dilihat bergurau dengan tulisan mahu katuk tangan G-Mie ketika menari, minggu ini pula Ogy memuji tinggi persembahan G-Mie dalam lagu Pada Syurga Di Wajahmu, terutamanya soul atau penjiwaan yang diberikan kepada lagu tersebut ketika disampaikan secara duet bersama Nizam Laksamana. 

Dalam membalas komen-komen yang ditulis dalam posting memuji G-Mie tersebut, Ogy turut membalas satu komen yang antara lain menyebut Elly Mazlein memang patut keluar! Komen tersebut yang telah dipadamkan itu bagaimanapun telah menjadi viral dan mencetuskan kemarahan luar biasa dalam kalangan peminat dan penyokong Elly Mazlein.

Ogy Ahmad Daud juga dilihat tidak mendiamkan diri apabila turut membalas komen-komen yang sangat pedas yang ditujukan kepada dirinya itu dengan cara tersendiri.

Antara komennya ialah:

“Ini IG saya dan saya berhak utk menulis apa yang saya nak. You all tak suka saya dan tak suka baca komen saya tak perlu baca. 

“Saya pun tak hard up nak jadi juri GV. Dan saya nak kais pagi ke, tak hidup mewah ke yang penting saya tak ganggu orang lain meminta-minta. 

“So you people that don’t like me that’s your problem and this is my IG. Go get a life. Yang duk cakap saya ni nenek suatu hari awak juga akan jadi nenek.

"End of story. Cerita saya berhijrah dan bertudung bukan urusan awak yang duk mengata.”

Hurmmm, nampaknya secara tak langsung nama Ogy Ahmad Daud pun jadi panas sama ye! Apapun, penyokong dan peminat hendaknya janganlah emosional sangat ya, tenang-tenang dulu deh...