Ahad, November 20, 2016

Kerana E-Mel Cinta, Kangana Buat Laporan Polis Terhadap Hrithik Roshan



Sebelum ini kecoh apabila Hrithik disiasat ekoran laporan polis yang dibuat oleh aktres, Kangana Ranaut yang mendakwa pernah menjalinkan hubungan istimewa bersama Hrithik.

Kangana mendakwa, Hrithik sering berbalas e-mel dengannya sambil melayangkan kata-kata cinta sebelum memutuskan hubungan itu.

Pihak pengurusan Hrithik bagaimanapun menafikan perkara itu sambil menegaskan, Kangana sebenarnya ditipu seseorang yang menyamar menjadi Hrithik.

Terkini,  polis India telah menutup kes siasatan terhadap aktor popular Bollywood, Hrithik Roshan.
Portal India Express melaporkan, hasil siasatan polis mendapati kes itu kekurangan bukti untuk mengheret Hrithik ke mahkamah.

“Hasil siasatan awal mendapati, pelayar alamat e-mel itu juga berpusat di Amerika Syarikat, sekali gus menyukarkan kami siapa sebenarnya yang mengakses e-mel berkenaan,” ujar Komisioner Polis Bahagian Jenayah Mumbai, Sanjay Saxena.