Selasa, November 08, 2016

Keputusan Zarina Zainoordin Berhenti Jadi DJ Radio Tak Ada Kaitan Dengan Along Raja Lawak



Pelakon dan penyampai radio Best FM, Zarina Zainoordin menafikan dia diberhentikan disebabkan berlaku perselisihan faham dengan pengurusan stesen radio terbabit.

Zarina berkata, keputusan untuk berundur dari Best FM berkuatkuasa 1 November lalu juga dibuat selepas perbincangan dengan pihak mereka.

"Jika nak diikutkan, kontrak saya dengan stesen radio itu berakhir pada Februari tahun depan. Namun, selepas berkhidmat selama lapan bulan, saya putuskan untuk berhenti lebih awal atas sebab yang tidak dapat dielakkan," katanya.

Diminta mengulas dakwaan dia berhenti selepas tidak puas hati apabila mendapat tahu tempatnya bakal digantikan Along Raja Lawak, Zarina turut menafikan perkara itu.


"Saya yang mengambil keputusan untuk berhenti selepas berfikir panjang. Keputusan yang dibuat ini juga tiada kaitan dengan Along," katanya. - Metro