Selasa, November 08, 2016

"Kalau 'Key' Tinggi, Tapi Tak Boleh Nyanyi Tak Guna Juga!" - Ziana Zain



Ziana Zain mungkin akan menurunkan ‘key’ beberapa lagu bernada tinggi yang akan disampaikannya dalam Konsert High Note 2016 di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 25 hingga 27 November ini.

Konsert berkenaan turut menampilkan dua lagi penyanyi yang sinonim dengan lagu bernada tinggi, Jaclyn Victor dan Azlan iaitu vokalis Azlan & The Typewriter.

Ziana ketika ditemui berkata, pada usia mencecah 48 tahun, dia perlu akur dengan keupayaannya.
“Tenaga saya sudah berbeza berbanding zaman muda ketika merakamkan lagu Anggapanmu, Madah Berhelah dan banyak lagi. Waktu itu, saya baru berusia awal 20-an.

“Mungkin ada beberapa lagu akan diturunkan ‘key’, namun saya harap itu tidak menjadi masalah kerana ia bergantung kepada kemampuan penyanyi sendiri.


“Kalau ‘key’ tinggi pun, tapi penyanyi itu tidak dapat menyampaikannya dengan baik tak guna juga. Ini kerana penonton membayar dan mahu menonton persembahan serta ‘enjoy’ sepanjang konsert. Jadi, sebagai penyanyi saya akan berikan persembahan terbaik,” katanya yang bakal menyanyikan 10 lagu popularnya dalam konsert itu nanti. - Metro

1 Komentar:

Write Komentar
MG schmidt
AUTHOR
8/11/16 1:04 PTG delete

sentap ayat dia..huhu

*byknya ads bila tekan2 ..haha

Reply
avatar