Selasa, November 22, 2016

Kafe Serimooka Iqram Dinzly Tak Caras Rumah Kueh Rita Rudaini!



Pelakon, Iqram Dinzly, 35, tidak bermaksud menyaingi restoran milik Rita Rudaini apabila turut membuka premis menjual kuih-muih dan makanan tradisional.

Pembukaan kafe Serimooka di Bangsar, di sini, juga bukanlah sebagai saingan kepada mana-mana bisnes serupa.

"Dalam hal ini, tidak timbul soal 'caras' atau mencuri pelanggan orang lain, mahupun restoran milik Rita Rudaini. Saya percaya, kehadiran kafe ini memartabatkan lagi kuih-muih dan makanan tradisional.

"Dalam dunia perniagaan, kita sedar ada ramai yang bersaing menjual produk atau perkhidmatan sama. Ia adalah persaingan yang sihat. Saya percaya, setiap daripada kita ada rezeki masing-masing," katanya pada majlis pelancaran kafe terbabit hari ini.