Selasa, November 08, 2016

Jangan Beli, Guna Za'faran Tak Berdaftar!



Orang ramai diingatkan tidak membeli atau menggunakan produk tidak berdaftar Za'faran kerana mengandungi dexamethasone (sejenis kortikosteroid) dan chlorpheniramine (sejenis antihistamin) dikawal mengikut Akta Racun 1952.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, semakan menerusi pangkalan data Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA) mengesahkan produk itu tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).

Menurutnya, antara kesan dilaporkan akibat produk itu termasuk ketidakseimbangan elektrolit yang boleh menyebabkan masalah lain seperti degupan jantung tidak teratur dan kelemahan otot.

"Penggunaannya secara berpanjangan tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh mengakibatkan kesan sampingan serius yang boleh membahayakan kesihatan seperti kelemahan otot, kerapuhan tulang, peningkatan gula dalam darah, tekanan darah tinggi, katarak, peningkatan risiko jangkitan dan sindrom cushing," katanya dalam kenyataan hari ini. - Metro

1 Komentar:

Write Komentar
8/11/16 9:25 PG delete

thanks for sharing

Reply
avatar