Rabu, November 09, 2016

"Jangan Banding Vokal Sekarang Dengan Zaman Anak Dara!" - Ziana Zain



Pemilik nama penuh Siti Roziana Zain ini juga mengakui kualiti vokal turut mengalami perubahan sejajar dengan peningkatan usianya.

Oleh itu, pelantun lagu Putus Terpaksa ini berharap agar peminat tidak meletakkan harapan tinggi ke atas kualiti vokalnya seperti mana zaman kegemilangannya 20 tahun lalu.

"Masih ada yang merasakan vokal saya seperti dahulu selain mampu menyanyi dengan nada tinggi macam zaman anak dara.

"Hakikatnya, kini, saya hanya menyanyi mengikut keselesaan dan bersesuaian dengan tahap usia saya," katanya.


Dalam perkembangan lain, Ziana bakal bergandingan dengan dua penyanyi bersuara lantang iaitu Jaclyn Victor dan Azlan Typewritter menerusi Konsert High Note 2016. - Sinar


1 Komentar:

Write Komentar