Sabtu, November 19, 2016

Isu Rumah Tangga; Farid Kamil Tak Pandang Diana Danielle Negatif Sebab Naik Mahkamah!



Farid Kamil tidak melihat tindakan isterinya, Diana Danielle ke mahkamah bagi mendapatkan khidmat nasihat berhubung isu rumah tangga mereka yang dikatakan goyah sebagai perkara negatif.


"Pada saya ia bukan sesuatu yang negatif apabila Diana pergi mendapatkan rujukan di mahkamah kerana di situlah tempat kita boleh mendapatkan maklumat mengenai perkahwinan.



"Malah di mahkamah juga ada pakar dalam bidang agama untuk mendapatkan rujukan dan nasihat, bukan semata-mata tempat membuat keputusan.

"Apabila perkara ini terjadi saya bermuhasabah diri dan bertanya kepada diri sendiri apakah kesilapan yang sudah terjadi," katanya kepada mStar Online.