Sabtu, November 12, 2016

Isu Ciplak; Lagu Hidup Dalam Mati Nyanyian Syamel Tarik Diri Separuh Akhir Muzik Muzik 31?



Kontroversi lagu Hidup Dalam Mati tercetus minggu ini apabila karya itu dipercayai diciplak daripada lagu berjudul Ku Kejar Bayang Mu ciptaan Ayai (Ilusi) yang dinyanyikan oleh finalis Kilauan Emas 3 iaitu Idris.

Pengurus Hiburan Primeworks Studios, Mohamad Sufian Isa berkata, pihaknya menerima surat penarikan lagu nyanyian Syamel itu pada Rabu lalu atas alasan tertentu.

Pihak TV3 menghormati keputusan penarikan pada saat-saat akhir lagu Hidup Dalam Mati ciptaan Syamel dan Ayai (Ilusi) dalam Separuh Akhir kedua Muzik Muzik (SFMM) 31 malam Jumaat.

Susulan itu, Syamel mahu pun komposer Edry Abdul Halim yang bertanggungjawab sebagai penerbit Hidup Dalam Mati bertindak berdiam diri sehinggalah mengejutkan umum apabila lagu itu tidak dipertandingkan pada SFMM31. - mstar