Sabtu, November 05, 2016

Isteri Pelakon Jalaluddin Hassan Meninggal Dunia



Isteri pelakon veteran terkenal, Datuk Jalaluddin Hassan,  Datin Hasimah Mad Ihsan, meninggal dunia awal pagi ini.

Allahyarham isterinya menghembuskan nafas terakhir akibat komplikasi pembedahan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras, Kuala Lumpur, kira-kira 3 pagi ini.

Jalaluddin berkata, jenazah sudah dibawa ke rumah dan akan dikebumikan selepas solat zohor nanti.


"Jenazah isteri saya sudah pun dibawa pulang ke kediaman kami dan akan dikebumikan selepas solat zohor. Dia akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat," katanya. - Metro