Selasa, November 15, 2016

Fattah Amin Mengaku Rapat, Sering Berhubung Dan Keluar Bersama Neelofa!



Fattah Amin mengakui bahawa dirinya dan Neelofa sering berhubung antara satu sama lain walaupun drama Suri Hati Mr Pilot selesai ditayangkan. Tambahnya lagi, mereka juga sering berhubung melalui panggilan telefon serta di laman sosial.

“Saya masih lagi berhubungan dengan Lofa dan kami rapat. Saya akui, kami juga keluar bersama-sama. Bulan depan juga kami akan akan terbang ke Brunei untuk menjayakan majlis bertemu peminat drama Suri Hati Mr Pilot. Saya bersyukur kerana walaupun drama ini sudah tamat, sambutan hangat masih berterusan,” katanya kepada Berita Harian Online.

1 Komentar:

Write Komentar
15/11/16 12:44 PTG delete

kalau dah jodoh,apa salahnya...kan

Reply
avatar