Rabu, November 16, 2016

Fattah Amin Janji Takkan Lupa Diri



Di sebalik populariti yang dikecapi bersama Neelofa dalam drama adaptasi novel Suri Hati Mr. Pilot, nama Fattah tercalit kerana isu sombong dan lupa diri.

Mengulas mengenai dakwaan itu, kata Fattah, dia masih menjadi dirinya sendiri dan tetap membawa karakter sama seperti awal kemunculannya dahulu.

"Saya kira isu sebegini biasa di dengar apabila seseorang itu mula dikenali tapi saya tidak memandang enteng apa yang dikatakan.

"Mungkin benar pada ketika itu saya terlupa nak senyum atau nak pandang seseorang atau penat sehingga orang ingat saya sombong.


"Lain kali,  saya akan pastikan sentiasa senyum, pandang orang dan layan mereka dengan baik," katanya yang berjanji tidak akan lupa diri. - Sinar Harian

1 Komentar:

Write Komentar
Cik Tie
AUTHOR
16/11/16 11:53 PG delete

bersangka baiklah sesama kita

Reply
avatar