Ahad, November 13, 2016

Fara Fauzana Pula Perli Elly Mazlein Di Semi Final Muzik Muzik 31?



Hurmmm, rupa-rupanya tak habis lagi isu penyingkiran Elly Mazlein daripada program realiti nyanyian melibatkan penyanyi profesional Gegar Vaganza 3 yang berisaran untuk tahun 2016 ini. Selepas komen terbuka Ogy Ahmad Daud dan Anita Baharom menjadi viral, kini nama Fara Fauzana pula terpalit sekali dalam isu ini!

Fara Fauzana ketika mengumumkan barisan juri dalam Semi Final Muzik Muzik 31 pada Jumaat lalu, secara gurauan telah menyakat Datuk Ramli MS yang bertindak juri dalam program itu dengan meminta Tok Ram supaya jangan risau kerana di muzik-muzik takkan ada penyanyi yang menarik diri.

Oh Bulan! berkongsi cerita ini dengan komen-komen netizen yang rata-rata menyifatkan Fara Fauzana memerli Elly Mazlein secara tersirat. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada kata-kata Fafau itu sebagai terlepas cakap atau sememangnya ditulis dalam skrip!

Berikutan itu, netizen tidak melepaskan peluang dengan menulis komen di Instagram milik Fara Fauzana. Insiden lebih menarik apabila Kak Lina Pom Pom sendiri menulis komen sini di Instagram Fara Fauzana. Katanya, "Terima kasih Fafau, cuba lagi tau, perli tadi tu tak berjaya sampai ke tulang Kak Lina..."