Ahad, November 06, 2016

Elly Mazlein Tersingkir; Konsert Minggu Keempat Gegar Vaganza 3



Persaingan semakin sengit. Dengan lagu-lagu evergreen yang punya aura utuh, tema duet bagi Konsert Minggu Keempat Gegar Vaganza 3 nyata menghadirkan cabaran yang sengit dalam kalangan 10 peserta yang masih tinggal.

Persaingan dilihat sengit dalam kalangan peserta wanita memandangkan sebelum ini Razis Ismail dan Rem yang tersingkir menjadikan hanya 4 peserta lelaki yang tinggal, iaitu Zarul, Shidi, G-Mie dan Ameng. Manakala, kesemua 6 peserta wanita pula masih bertahan.

Berdasarkan komen juri tetap dan undangan, akhirnya keputusan sudah pun ditetapkan.


Elly Mazlein diumumkan teringkir pada minggu ini. Walaupun Nabil cuba menimbulkan tanda-tanya mungkinkah akan ada lagi lagu sekali gus menjadikan Konsert Minggu Ke-4 sebagai tiada penyingkiran,  namun tiada lagu yang tinggal untuk Elly Mazlein.

Akhirnya, Elly Mazlein terpaksa juga melangkah pergi, dan Jangan Menangis Sayang yang disampaikan duet bersama Acong barangkali sesuai dengan penyokong dan peminat Elly Mazlein dengan tersingkirnya Elly daripada Gegar Vaganza 3.