Selasa, November 08, 2016

Elly Mazlein Takkan Kembali Ke Gegar Vaganza 3 Walau Ada Imuniti



Elly Mazlein diumumkan tersingkir dalam Konsert Minggu Ke-4 Gegar Vaganza 3. Sebelum keputusan diumumkan lagi Elly yang kecil hati dengan komen Datuk Ramli MS sudah menyampaikan hasrat menarik diri kepada produksi Gegar Vaganza 3 sejurus selesai persembahan dan komen juri yang mengguris hati Elly Mazlein. 

Menjadi viral semalaya, timbul pula cakap-cakap Datuk Seri Vida akan menggunakan kuasa sebagai penaja platinum untuk serap masuk Elly Mazlein. Yalah, peminat dan penyokong Elly Mazlein dalam Gegar Vaganza ramai!

Nak tahu apa jawapan Elly Mazlein?

“Tidak, saya takkan terima walaupun ada kemungkinan diserap masuk ataupun menerusi sistem imuniti daripada penaja. Jika bukan di sini, mungkin rezeki saya ada di luar sana. Saya akan teruskan kerjaya nyanyian dan lakonan saya seperti biasa selepas ini,” jelasnya kepada BH Online.

Tindakan Elly tersebut bagaimanapun mendapat perhatian penaja rancangan berkenaan, Datuk Seri Vida yang mahu menggunakan kuasa imuniti kepada Elly, namun ia ditolak oleh pelakon dan penyanyi berkenaan. 

Nampaknya, Elly Mazlein bertegas untuk tidak kembali ke pentas Gegar Vaganza 3, yalah dah ludah buat apa nak jilat balik!