Isnin, November 07, 2016

Elly Mazlein Memang Disingkirkan; Pengurus Astro Ria Nafi Status Jihan Muse



Malam semalam kecoh apabila Elly Mazlein diumumkan tersingkir daripada Gegar Vaganza 2016. Perkongsian Datuk Seri Vida selepas tamat malam Konsert Ke-4 dengan tema duet itu pula mendedahkan bahawa Elly kecil hati dengan komen juri tetap, iaitu Datuk Ramli MS. 

Malah Elly Mazlein juga dikatakan sudah mengambil keputusan bahwa mahu menarik diri usai sahaja persembahannya tamat dan menerima kritikan pada malam semalam yang menyaksikannya membawakan lagu Jangan Menangis Sayang duet bersama Acong.

Status Jihan Muse di laman sosial instagram yang mengatakan terkejut dengan keputusan Elly Mazlein kerana dimaklumkan bahawa tiada penyingkiran pada konsert keempat Gegar Vaganza turut menghangatkan suasana dalam kalangan netizen. 

Namun, Pengurus Saluran Astro Ria Emarina Mohd Kamal menafikan status yang dimuat naik pengacara Jihan Muse bahawa tiada sebarang penyingkiran sepatutnya dilakukan pada malam tersebut.


Tambah Emarina, status yang dimuat naik pengacara itu tidak mewakili pihak produksi Gegar Vaganza 3.

"Malam konsert duet ini memang ada penyingkiran seperti  konsert Gegar Vaganza musim-musim sebelum ini.

"Kami akui pihak produksi mendapat makluman daripada Elly untuk menarik diri dan mengikutkan keputusan Elly memang mendapat markah dibawah Siti Sarah. Semua yang berlaku itu mungkin kebetulan," ujarnya.


Dalam pada itu, ditanya tentang kenyataan juri tetap Ramli MS, Emarina berkata, ia sememangnya cara Ramli MS memberikan komen.

"Setaip juri ada cara mereka tersendiri dan kita tahu Ramli MS selalu main cakap lepas apa yang dirasakan betul atau tidak kerana itu memang sudah cara dia, kalau dia cakap berlapik nanti pelik pula.

"Bagi kami di Astro, jika ada yang tersinggung itu perkara biasa dan kita tidak boleh puaskan hati semua pihak," ujarnya.