Rabu, November 09, 2016

Elly Mazlein Mahu Jadi Duta Ibu Tunggal



Tersingkir daripada Gegar Vaganza 3 pada minggu keempat, bukan penamat langkah bagi Elly Mazlein.

"Saya ditawarkan untuk jadi duta produk, berlakon dan memenuhi undangan nyanyian.  Saya anggap ini rezeki untuk anak saya Putri Sara Sefhia.  Terima kasih kepada Astro kerana memberikan saya peluang ini," jelasnya.  

Elly Mazlein berkongsi cerita itu dalam program MeleTOP terbitan Astro.

Ditanya oleh pengacaranya Neelofa pula mengenai kehidupannya sebagai ibu tunggal, Elly memberitahu dengan yakin bahawa dia sudah reda dengan statusnya kini.  


"Jika boleh saya mahu jadi duta ibu tunggal.  Nak berkongsi pengalaman dengan semua ibu-ibu tunggal yang lain.  Kita kena kuat dan bersedia.  Kena reda dengan apa yang berlaku," kata Elly.